Keputusan STPM telah diumumkan pada 04 Februari baru-baru ini. Seramai 34 calon telah mengambil peperiksaan tersebut pada 2009. Seluruh warga tingkatan 6 dan warga SMKTPG mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang. Harapan semoga pelajar-pelajar dapat melanjutkan pelajaran di IPT bagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Bagi yang tidak berjaya cuba lagi jangan putus asa.

Berikut adalah antara pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM tersebut:

PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN:










CHE ASYIKIN BT. CHE AHMAD
2A- 2B





Keputusan Keseluruhan:

5 Prinsipal



PUVANES A/P CHANDRAN
1B+ 2B 1B- 1C+
NOR FATIN NABILAH BT MOHD FUAD 1B 2B- 2C+
GUNAVATHY A/P MAHALINGAM
2B- 3C+




4 Prinsipal



CHE ASYIKIN BT CHE AHMAD
2A- 2B
HANUSHEELA A/P MURTI
1A 1B+ 2B
AMBIGA A/P PANICHELVAM
1A 1B+ 1B 1C
NURHAFIZAH BT RAZALI
1A- 2B+ 1B
NURUL IDAYU BT AYUB
1A- 1B 2B-
NORFADHILAH BT MUHAMAD MISLANI 4B+
ANIS IZYANA BT MAZELAN
3B+ 1B
FARHANA BT KAMARUDDIN
2B+ 2B
KHOO MENG CHEONG
1B+ 3B
NUR HUDA BT MISKAN
1B+ 2B- 1B
NOOR FARIZA BT SUHAIMI
2B 2B-
MUHAMMAD HALIFFAH B MOHD KHAIRI 1B+ 1B 1B- 1C+
SHAFURA ASHIKIN BT SUFFIAN
1B+ 1B 1B- 1C+
MOHD NADZIRUDDIN B NAKHROWI 2B 2C+
MOHD NUDZAIRUDDIN B NAKHROWI 1B 2B- 1C+
LILI HANA BT BOHARI
2C+ 2C




3 Prinsipal



SANGGARI A/P VEERAPPAN
1B+ 1B 1B-
NOR AKHMELIA BT MAT SA'AID
1B+ 2C
AIDIL EKMAL B OMAR
1B- 2C+
FARAH NAJWA BT BAKRI
1B- 1C+ 1C
NOR FARHANA BT MD SULAIMAN
2C+ 1C
ASYRAF ALIF B ZULKIFLI
2C+ 1C

Dicatat oleh Khai Isnin, 8 Mac 2010 0 ulasan

Kenapa ramai pelajar tidak berminat mengambil subjek geografi dalam peperiksaan SPM ataupun STPM.

Kalau rajin jenguk propektus setiap pengambilan universiti-universiti tempatan subjek geografi mempunyai nilai untuk layak diterima masuk ke pusat pengajian tinggi.

Bagaimana pula dengan kerjaya masa depan dalam era teknologi maklumat? Pelajar-pelajar jangan risau kerana bidang geografi yang diajar di pusat-pusat pengajian tinggi adalah sangat luas.

Di sini disenaraikan bidang-bidang yang pelajar boleh ceburi.

  1. Bidang perancangan bandar dan wilayah.
  2. Bidang juru ukur tanah.
  3. Pendidik.
  4. Pegawai bidang pertanian.
  5. Bidang pengangkutan dan perhubungan.
  6. Politik
  7. kewangan
  8. Usahawan yang berjaya.
Dan banyak lagi yang tidak disenaraikan.Kalau nak tahu belajar dan masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi.

Dicatat oleh Khai Khamis, 22 Oktober 2009 2 ulasan

Kepada semua rakan guru Geografi di seluruh Malaysia amnya di sini mari kita berkongsi beberapa laman web yang memberikan maklumat geografi mengenai negara lain. Diharap lawan-laman web ini dapat membantu anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran geografi dengan lebih berkesan.


LAMAN-LAMAN GEOGRAFI MENARIK

1. Country Watch.com: Website to The World

http://www.countrywatch.com

2. Geographic.org

http://www.geographic.org

3. Geo-Guide

http://www.geo-guide,de/

4. Cyber Geography Research

http://www.cybergeography.org/

5. The Web of Culture

http://www.webofculture.com

6. The Degree Confluence Project

http://www.confluence.org/

7. Global Statistics

http://www.xist.org/

8. Geographical

http://www.geographical.co.uk/

9. World Gazetteer

http://www.worldgazetteer.com/

10. Traveleye

http://www.traveleye.com/

11. National Geographic Xpeditions

http://www.nationalgeographic.com/resources/ngo/education/xpeditions/

12. Infoplease Political and Referance Atlas

http://www.infoplease.com/atlas

Dicatat oleh Khai 2 ulasan

Sep 09, 2009

KIT CELIK KONSEP FIZIKAL


Oleh:

Cik Lai Kit Moi

Guru Cemerlang Geografi

SMK Kunak, Sabah

1. Pengenalan:

Setiap kali hasil laporan prestasi calon STPM yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia didapati bahawa calon-calon tidak menguasai konsep dalam geografi. Kelemahan penguasaan konsep pada calon STPM ini dilaporkan berlaku pada setiap tahun. Hal ini berdasarkan kajian laporan prestasi calon STPM dari tahun 1997 hingga 2004. Masalah ini sememangnya disedari oleh semua guru yang mengajar Geografi Fizikal STPM. Kegagalan pelajar menguasai dan memahami konsep dalam geografi akan menyebabkan mereka tidak dapat memahami atau mengaitkan sesuatu proses atau kejadian dalam aktiviti alam sekitar fizikal.

Kini penguasaaan konsep bukan sahaja diperlukan sebagai asas untuk memahami proses-proses geografi fizikal tetapi juga untuk menjawab soalan yang dikemukakan khas berkenaan dengan konsep. Berdasarkan perubahan dalam sukatan pelajaran STPM 1997 bentuk soalan juga telah berubah. Bermula pada tahun 1997 soalan berbentuk pemahaman konsep akan ditanya dalam soalan pecahan (a). Kelemahan penguasaan konsep ini juga sudah tentunya menyebabkan calon STPM tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul. Hal ini, menyebabkan calon STPM tidak akan mendapat keputusan yang baik.

Menyedari akan hakikat ini, maka pelbagai cara telah dilakukan agar pelajar dapat menguasai konsep-konsep geografi dengan baik. Hal ini sangat penting, bukan sahaja melibatkan keputusan pelajar kelak akan terjejas, tetapi juga didapati pelajar yang tidak menguasai konsep geografi hilang minat untuk belajar geografi. Minat untuk mempelajari sesuatu akan datang ke dalam jiwa pelajar jika pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan menyeronokkan pelajar.

2. KIT Celik Konsep Fizikal

Berdasarkan kesedaran akan kelemahan penguasaan konsep dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK Kunak, maka satu kaedah telah dilaksanakan kepada pelajar 6 Atas 2005. Kaedah ini dinamakan sebagai Kit Celik Konsep Fizikal kerana terdapat beberapa kaedah yang digabungkan dalam merelisasikan kaedah ini. Kaedah ini menggabungkan kaedah “Tresure Hunt”, “Hot Potatoes” dan Penjilidan. Tiga kaedah ini disatukan dalam satu kit untuk diaplikasikan pada pelajar Tingkatan Enam 2005.

3. Objektif

Melalui Kaedah Kit Celik Konsep Fizikal ini diharapkan pelajar-pelajar STPM akan :

  1. menguasai konsep-konsep dalam Geografi Fizikal.
  2. lebih berminat dalam pembelajaran.
  3. menghadapi suasana yang menyeronokkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  4. dapat menjana minda dan aktif semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
  5. lebih bermotivasi dan bersikap positif dalam menghadapi peperiksaan STPM.
  6. lebih bersemangat, berdaya saing demi mencapai kecemerlangan diri.

4. Rasional Projek

Kaedah Kit Celik Konsep ini dirangka berdasarkan kecenderungan pelajar yang suka belajar dalam kumpulan, suka berkongsi maklumat, seronok berkomunikasi dan suka melakukan aktiviti bersifat ‘hands-on’. Atas alasan inilah, maka ketiga-tiga kaedah ini difikirkan sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar. Antara rasional kaedah ini ialah:

  1. Penggunaan kaedah dapatan iaitu dalam “Tresure Hunt” merupakan satu proses mendapat tahu sesuatu prinsip, atau ciri dengan melibatkan daya usaha dan pemikiran pelajar. Aktiviti ini melibatkan pelajar membuat kajian, mengenal pasti dan mengumpul data. Menurut John Dewey (1916) pelaporan kaedah dapatan adalah lebih berkesan daripada penyampaian maklumat sahaja. Kaedah ini membolehkan pelajar mencari sendiri maklumat. Kaedah ini akan menyebabkan pelajar lebih menghayati dan menghargai usaha yang mereka lakukan sendiri. Hasilnya, dapatan mereka itu akan tersimpan dalam memori jangka panjang mereka.

  2. Penggunaan kaedah bermain teka silang kata dalam “Hot Potatoes” akan membolehkan pelajar lebih memahami konsep yang telah mereka cari dalam “Tresure Hunt”. Permainan teka silang ini dijalankan dengan alasan pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada semasa melakukan aktiviti “Tresure Hunt”. Menurut Jean Piaget aktiviti bermain dapat menguatkan keupayaan berfikir serta mendorong pelajar memberikan makna kepada pembelajaran semasa mereka menjalankan aktiviti permainan.

3.Kaedah Penjilidan merupakan satu usaha mengumpul semua hasil dapatan pelajar dan dijilidkan. Hasil pelajar yang telah dijilidkan itu disimpan dalam perpustakaan sekolah sebagai bahan rujukan. Kaedah ini, dilihat sebagai satu bentuk penghargaan dan ganjaran kepada hasil usaha pelajar. Menurut Gagne ( 1975) peneguhan dalam bentuk penghargaan atau pujian akan menyebabkan seseorang pelajar itu akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan prestasi diri mereka pada masa hadapan. Pendapat ini disokong oleh Bruner dalam bukunya Towards a Theory of Instruction yang mengatakan bahawa penghargaan atau ganjaran yang diberikan selepas sesuatu pembelajaran berlaku akan menjadikan pelajar itu mendapat kepuasan dalam dirinya.

5. Kumpulan Sasaran:

Kaedah Kit Celik Konsep ini telah diaplikasikan kepada pelajar Tingkatan Enam Atas Geografi sesi 2005. Kumpulan pelajar ini majoriti tidak mengambil mata pelajaran geografi semasa dalam tingkatan 5. Asas pengetahuan geografi mereka setakat tingkatan 3 sahaja. Sebelum kaedah ini dilaksanakan, guru telah meminta mereka meluahkan perasaan mereka tentang mata pelajaran geografi. Hasil luahan perasaan itu, didapati majoriti kumpulan pelajar ini tidak berminat dan putus asa belajar geografi kerana setiap kali ujian dan peperiksaan mereka masih lagi gagal walaupun mereka sudah berusaha belajar.

6. Pelaksanaan KIT Celik Konsep

6.1. Kaedah “Treasure Hunt”:

i. Pelajar telah dipecahkan kepada 8 kumpulan yang dianggotai 4-15 orang pelajar. Setiap kumpulan diberikan satu tema dalam sukatan pelajaran geografi fizikal. Setiap kumpulan ini akan mencari konsep-konsep yang terdapat dalam tema yang diberikan.

ii. Setiap kumpulan pelajar akan mencari maksud konsep yang telah dikenalpasti. Pencarian makna konsep inilah yang dikenali sebagai “Tresure Hunt”. Kumpulan pelajar boleh mencari makna konsep melalui internet, majalah atau buku rujukan. Pelajar melaksanakan “Tresure Hunt” ini semasa cuti pertengahan semester 1.

iii. Koleksi konsep ini akan ditaip dan dikumpulkan.

iv. Guru akan mencari satu ruang masa untuk pelajar membentangkan hasil kerja mereka di hadapan guru dan rakan-rakan mereka.

6.2. Kaedah Penjilidan

i. Guru akan mengumpulkan semua kerja setiap kumpulan pelajar. Guru akan mengedit dan menjilid hasil kerja pelajar tersebut.

ii. Guru akan memberikan ganjaran kumpulan terbaik dan hasil kerja kumpulan itu juga diberikan 20% markah untuk ujian bulanan.

iii. Hasil kerja yang telah dijilid itu diperbanyakkan dan disimpan di perpustakaan sekolah sebagai bahan rujukan kepada pelajar lain.

6.3. Kaedah “Hot Potatoes”

v. Kaedah ini menggunakan program “Hot Potatoes” yang didapati daripada guru ICT SMK Kunak. Dalam program ini terdapat satu kaedah membina dan menjawab teka silang kata yang menggunakan sepenuhnya kemudahan komputer. Kaedah ini dilaksanakan dalam makmal komputer sekolah.

vi. Guru mengajar pelajar menggunakan program “Hot Potatoes”. Setiap kumpulan akan membina teka silang kata berdasarkan pengetahuan konsep mereka. Teka silang kata yang telah dibina oleh setiap kumpulan akan disimpan oleh guru.

vii. Guru akan mencari ruang masa yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengaplikasikan “Hot Potatoes” kepada pelajar. Setiap kumpulan pelajar akan diberikan soalan yang dibuat oleh kumpulan lain. Setiap kumpulan akan menjawab soalan yang diberikan. Setiap kumpulan akan diberikan tempoh masa tertentu untuk menyiapkan soalan tersebut.

viii. Kumpulan yang terbaik akan mendapat ganjaran daripada
guru .

7. Keberkesanan KIT Celik Konsep:

Hasil daripada maklum balas daripada pelajar, didapati pelajar sangat berminat mengikuti pembelajaran yang berunsur IT. Mereka juga lebih memahami konsep-konsep geografi fizikal. Hasil daripada kerja mereka yang dijilid oleh guru sangat membanggakan mereka. Malahan tindakan guru meletakkan hasil kerja mereka di perpustakaan sekolah merupakan satu penghargaan kepada mereka dan pelajar lain juga dapat menggunakannya. Mereka sangat berpuas hati hasil kerja berkumpulan yang mereka jalankan. Setiap komponen kit yang dilaksanakan membantu mereka dalam menghadapi peperiksaan. Melalui kerja berkumpulan secara tidak langsung mewujudkan pasukan kerja yang saling bersefahaman dan bekerjasama. Peluang yang diberikan kepada mereka untuk melayari internet dan mengajar mereka beberapa program komputer sangat mereka hargai.

Kit Celik Konsep ini diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 6 Atas pada tahun 2005. Hasil daripada pencapaian pelajar pada STPM 2005 itu didapati sememangnya terdapat perubahan. Peningkatan itu dapat ditunjukkan berdasarkan analisis keputusan Kertas Alam Sekitar Fizikal tahun 2004, 2005 dan 2006. Analisis 2006 dimasukkan juga kerana Kit Celik Konsep ini telah diaplikasikan kepada pelajar 6 Rendah Geografi pada 2005 ( STPM 2006).

Jadual : Pencapaian Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM 2004-2006

A

A-

B+

B

B-

C+

C

C-

D+

D

F

%L

NGPK

2004

8.8

8.8

2.6

5.9

20.6

14.7

8.8

2.9

0.0

2.9

5.9

88.2

2.69

2005

17.4

11.8

5.9

8.8

11.8

11.8

11.8

14.7

0.0

2.9

2.9

79.4

2.70

2006

20.6

8.8

8.8

20.6

14.7

2.9

14.7

5.9

0.0

0.0

2.9

91.2

2.91

7. Penutup

Kit Celik Konsep yang saya jalankan ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Masih banyak lagi ruang-ruang yang boleh diperbaiki untuk memantapkan idea ini agar dapat digunakan oleh guru dalam mengajar mata pelajaran yang lain. Selain itu, pemantauan juga sangat penting untuk menjayakan Kit Celik Konsep ini. Pemantaun ini penting untuk memastikan pelajar berdisiplin dalam menjalankan kaedah ini. Disiplin masa sangat penting dalam memastikan kerja-kerja yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Hasil Kit Celik Konsep ini memberikan kepuasan kepada saya dan pelajar kerana matlamat utama agar dapat memahami konsep geografi itu akhirnya tercapai. Selain itu, keputusan yang memberangsangkan dalam mata pelajaran geografi ini secara tidak langsung menjadikan mata pelajaran geografi sebagai mata pelajaran popular di sekolah. Pelajar 6 Rendah menjadikan geografi mata pelajaran pilihan utama mereka. Hal ini, sangat penting dalam memastikan mata pelajaran geografi ini terus hidup dalam arus pendidikan negara yang sangat mementingkan sains dan teknologi.


BIBLIOGRAFI


Majlis Peperiksaan Malaysia (2005) Laporan peperiksaan STPM 2003 Jilid 1 Jurusan Sastera,

Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Majlis Peperiksaan Malaysia (2004) Laporan peperiksaan STPM 2004 Jilid 1 Jurusan Sastera,

Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang (2007) Guru Cemerlang Penjana Modal Insan

Berkualiti, 3-6 September 2007, Johor Bahru, Johor.

Mok Soon Sang (1997) Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran, Subang Jaya: Kumpulan

Budiman.

Mok Soon Sang (1997) Pedagogi 3 Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan

Pendidikan Inklusif, Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Pusat Perkembangan Kurikulum KPM (2002) Koleksi Bahan Inovasi , Anugerah Guru

Inovatif 1999-2001, Kuala Lumpur: KPM

Dicatat oleh Khai 0 ulasan

1.) SMK TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR (CIKGU KHAI)






2.) SMK SULTAN IBRAHIM [1] PASIR MAS, KELANTAN (CIKGU HIYATUL YAACOB)





Dicatat oleh Khai 0 ulasan






GEOGRAFI K1, K2





SKEMA K1, K2



DOWNLOAD HERE


Dicatat oleh Khai Rabu, 21 Oktober 2009 0 ulasan

Definisi Geografi

Quantcast

Kata Geografi berasal dari bahasa Yunani :

Geo : bumi

Graphein : tulisan

Perhatian tentang ilmu geografi bukan hanya berhubungan dengan fisik alamiah bumi dan bagian-bagian alam semesta yang berpengaruh terhadap bumi saja, tetapi meliputi semua fenomena yang ada di permukaan bumi baik fenomena fisik maupun fenomena sosial. Pada dasarnya inti dari kajian ilmu Geografi adalah hubungan timbal balik antara manusia dengan lingkungan, berikut ini beberapa definisi tentang hakikat, konsep dan batasan geografi :

1. Strabo (1970): Geografi erat kaitannya dengan faktor lokasi, karakterisitik tertentu dan hubungan antar wilayah secara keseluruhan. Pendapat ini kemuadian di sebut Konsep Natural Atrribut of Place.

2. Preston E. James (1959): Geografi dapat dianggap sebagai induk ilmu pengetahuan karena banyak bidang ilmu pengetahuan yang selalu dimulai dari keadaan permukaan bumi, kemudian beralih pada studinya masing-masing.

3. Frank Debenham (1950): Geografi adalah ilmu yang bertugas mengadakan penafsiran terhadap persebaran fakta, menemukan hubungan antara kehidupan manusia dengan lingkungan fisik, menjelaskan kekuatan interaksi antara manusia dan alam.

4. James Fairgrive (1966) : Geografi memiliki nilai edukatif yang dapat mendidik manusia untuk berpikir kritis dan bertanggung jawab terhadap kemajuan-kemajuan dunia. Ia juga berpendapat bahwa peta sangat penting untuk menjawab pertanyaan “di mana” dari berbagai aspek dan gejala geografi.

5. Prof. Bintarto (1981) Geografi mempelajari hubungan kausal gejala-gejala di permukaan bumi, baik yang bersifat fisik maupun yang menyangkut kehidupan makhluk hidup beserta permasalahannya melalui pendekatan keruangan, kelingkungan, dan regional untuk kepentingan program, proses, dan keberhasilan pembangunan.

6. Hasil Seminar dan Lokakarya Ikatan Geografi Indonesia (IGI) di Semarang pada 1988; Geografi adalah ilmu yang mempelajari persamaan dan perbedaan fenomena geosfer dengan sudut pandang kelingkungan dan kewilayahan dalam konteks keruangan.

Dari pendapat di atas terdapat beberapa perbedaan pandangan mengenai definisi geografi, tetapi pada dasarnya semua ahli sepakat adanya elemen-elemen yang sama sebegai berikut :

1. Geografi termasuk ilmu pengetahuan bumi (earth science) dengan objek permukaan bumi sebagai lingkungan hidup manusia dan lingkungan tempat manusia dapat mengubah dan membangunnya.

2. Geografi memperhatikan persebaran manusia dalam ruang dan hubungan manusia dengan lingkungannya.

3. Dalam ilmu Geografi terdapat unsur-unsur utama, antara lain jarak, interaksi, gerakan dan persebaran.

Dicatat oleh Khai Isnin, 19 Oktober 2009 0 ulasan
























NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!













Web hosting















JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI
Related Posts with Thumbnails

Recent Comment's

Visitor's